Thursday 14 March 2013


Bagaimana memajukan sekolah ?
 

Hussein (2008) di dalam bukunya ........ telah menyatakan 10 prinsip untuk memajukan kecemerlangan sesebuah sekolah.

Prinsip 1 - Mempercayai dan mengakui bahawa semua pelajar boleh belajar, diajar
                dan boleh mencapai kemajuan.
Prinsip 2 - Mempercayai dan mengakui bahawa sekolah adalah kunci utama bagi kejayaan
                para pelajarnya
Prinsip 3 - Pembangunan dan kemajuan sekolah memerlukan falsafah, matlamat, objektif
                dan dasar sekolah
Prinsip 4 - Pembangunan dan kemajuan sekolah merupakan usaha untuk mewujudkan satu
                 budaya sekolah yang lebih positif
Prinsip 5 - Kelolaan dan pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah aspek penting untuk
                 meningkatkan lagi pencapaian akademik sekolah
Prinsip 6 - Penyelesaian masalah sekolah perlu dilaksanakan atas dasar usahawan dan
                bukanlah semata-mata untuk pengetua sahaja
Prinsip 7 - Penyelesaian masalah sekolah harus ditumpukan kepada punca-punca yang
                menyebabkan timbulnya masalah itu bukannya gejala-gejalanya
Prinsip 8 - Maklum balas yang berterusan merupakan mekanisme penting pelaksanaan
                pembangunan sekolah
Prinsip 9 - Mempercayai dan mengakui bahawa ibubapa dan masyarakat sekitar
                mempunyai pelbagai kemahiran dan sumber tenaga untuk membantu sekolah
Prinsip 10- Kemajuan sesebuah sekolah memerlukan pengetua yang mempunyai
                 kepemimpinan yang berkesan

Sehingga hari ini sering berlaku pertembungan di antara para pendidik tentang keberkesanan sekolah. Ada pihak yang menyatakan bahawa keberkesanan sekolah diukur melalui keputusan peperiksaan awam samada UPSR bagi sekolah rendah dan SPM atau PMR bagi sekolah menengah. Setiap sekolah yang mendapat peratus kelulusan yang tinggi dan kuantiti pelajar yang mendapat A terbanyak dianggap sekolah yang berkesan. Sekolah yang membekalkan keputusan yang baik akan berlumba menyediakan jalan pintas kepada murid-murid supaya mereka akan mampu menjawab dengan tepat dalam masa beberapa hari peperiksaan kerana itulah kayu pengukur kepada keberkesanan sesebuah sekolah.

Setiap tahun tumpuan diberikan kepada kelas-kelas peperiksaan dan subjek-subjek peperiksaan sehingga mengabaikan murid-murid lain dan juga subjek lain yang tidak termasuk di dalam peperiksaan awam. Jika seseorang murid yang mungkin sakit pada hari peperiksaan tidak dapat menjawab soalan dengan baik dan jika kayu pengukur kejayaan murid adalah berdasarkan peperiksaan ini maka kita akan mendapati bahawa beliau akan dianggap sebagai tidak berjaya mendapat pendidikan yang sempurna di sekolah.

Pihak yang kedua menganggap keberkesanan sekolah adalah merupakan keupayaan sekolah memberikan pendidikan kepada murid mereka berasaskan kepada matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang berhasrat menjadikan murid-murid berketerampilan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pendidikan yang diberikan adalah bersifat 'authentic' yang menjurus kepada ilmu yang kembali digunakan di dalam kehidupan bermasyarakat setelah menamatkan proses pendidikan peringkat sekolah.

Persoalannmya, mengapa pelbagai pihak suka menggunakan keputusan peperiksaan untuk mengukur keberkesanan sekolah ini? Jawapan yang mudah ialah sesuatu perkara yang boleh menjadi maklumat berbentuk data mudah untuk dianalisa dan ditentukan 'ranking' masing-masing'. Pihak PPD, JPN dan KPM menganggap mereka telah menjalankan tugas dengan baik apabila mereka telah menentukan tahap keberkesanan sekolah di bawah tanggungjawab masing-masing berdasarkan rekod dan analisa peperiksaan awam. Kebenarannya ada kerana sekolah adalah bermatlamat mendidik dan perubahan tingkah laku senang diukur berdasarkan kepada teori berbanding memerhatikan amalan kerana ia mengambil masa yang lama dan sangat 'individualistik'. Sebab itulah kajian kuantitatif sering digunakan oleh para penyelidik untuk membuat sesuatu generalisasi tentang apa yang apa yang berlaku di sekolah berbanding kajian kualitatif.

Apakah sebenarnya keberkesanan sekolah? Para pengkaji mempunyai pelbagai cara untuk menerangkan tentangnya tetapi secara umum ia bermaksud'the productionof desiredresult'.

Apakah yang ingin kita lihat tentang keberkesanan sekolah adalah beberapa faktor yang ada yang merangkumi perkara yang paling asas dan utama iaitu peningkatan pencapaian akademik. Ini adalah merupakan "core business' bagi institusi pendidikan. Namun, ia tidak berhenti di situ sahaja sebagaimana yang dilakukan oleh sekolah pada hari ini apabila orientasi peperiksaan diutamakan. Ini adalah kerana perkara-perkara berikut juga menjadi penentu kepada keberkesanan sesebuah sekolah iaitu kualiti, sikap dan kemahiran murid. Murid sebagai input di sekolah melalui proses untuk mengubah ASK ( attitude, skill dan kemahiran) sebagai output dan menjadi modal insan sebagai outcome. Bagi mengeluarkan produk ini, ia memerlukan lebih daripada proses latih tubi kertas peperiksaan kerana bagaimana kita hendak membentuk sikap, atitud dan kemahiran ini jika semasa mereka berada di kelas, kemahiran yang digunakan hanyalah menjawab soalan semata-mata. Tidak ada proses pengajaran dan pembelajaran yang lain yang membina kreativiti dan sebagainya. Di sekolah , keberkesanan juga merujuk kepada pembinaan kapasiti guru yang mana hasilnya juga adalah keupayaan guru untuk membina perkembangan murid selaras dengan visi dan misi sekolah.

1 comment:

  1. Borgata Hotel Casino & Spa Launches New Atlantic City Casino
    Borgata Hotel 안동 출장샵 Casino & Spa has partnered with New Jersey 경산 출장안마 Lottery officials to launch the first online 안성 출장안마 gambling app 울산광역 출장샵 in the state of New Jersey 제주 출장샵

    ReplyDelete