Wednesday 17 April 2013


Apakah yang anda faham dengan sekolah berkesan dan penambahbaikan sekolah ?.

 

Sekolah berkesan adalah sekolah yang mencapai suatu status yang memenuhi kriteria-kriteria tertentu. Biasanya menggunakan prestasi pencapaian pelajar sebagai pengukur pencapaian. Keberkesanan sekolah juga ialah sekolah yang berjaya menunjukkan peningkatan yang baik dalam pencapaian akademik pelajar, sekolah yang mempunyai iklim yang kondusif, mempunyai kepemimpinan yang berjaya membawa perubahan, sekolah yang mempunyai hubungan yang baik dengan komuniti dan sekolah yang mana hubungan antara warganya baik dan mengamalkan kejelekitan yang tinggi.

Bagi penambahbaikan sekolah pula, ianya diukur dari segi tahap pelaksanaan inovasi atau meningkatkan keadaan sekolah atau sistem sekolah manakala bagi keberkesanan sekolah pula ianya merupakan satu konsep berasaskan semakan ciri-ciri yang ada pada sesuatu sekolah.  Mengikut Webes, ada 8 faktor untuk sekolah berkesan iaitu kepimpinan pengurusan yang kuat, ekspektasi pencapaian pelajar yang tinggi, suasana persekitaran sekolah yang positif, penegasan kepada amalan membaca, ”additional reading personel”, penggunaan phonies (melalui orang lain),  pengajaran memusatkan pelajar dan  pemikiran yang berterusan ke atas pencapaian pelajar.

Secara keseluruhannya faktor-faktor ini berfokus kepada beberapa dimensi berikut iaitu  kepimpinan, effikasi dan  efficiency. Ketiga-tiga dimensi ini pula adalah berasaskan kepada elemen-elemen:
(a)    kepimpinan pengetua
(b)   faktor guru
      (c)    faktor pelajar

      (d)   faktor persekitaran dan kontekstual.

Penambahbaikan sekolah juga  adalah satu usaha dan satu perubahan untuk memajukan sekolah. Usaha ini datangnya sama ada dari dalam sekolah atau dari pihak luar sekolah. Fokus penambahbaikan sekolah adalah segala apa yang memberi faedah kepada murid-murid, khusunya peningkatan pembelajaran mereka dalam bilik darjah. Tindakan penambahbaikan sekolah ini memerlukan satu perancangan yang sistematik dan perancangan ini dilaksanakan dan diurus secara berterusan dan dalam penambahbaikan  sekolah, aspek-aspek dalaman sekolah, iaitu budaya dan keadaan-keadaan membolehkan yang memberi kesan/impak kepada pengajaran-pembelajaran di bilik darjah sekolah, menjadi sasaran perubahan. Segala aktiviti-aktiviti sekolah yang dikelola oleh guru-guru dan orang lain, bertujuan untuk mencapai matlamat-matlamat sekolah. Contohnya kaedah mengajar, aktiviti yang berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum dan pengalaman-pengalaman murid dalam aktiviti-aktiviti luar bilik darjah atau komuniti.

Oleh itu, sekolah berkesan dan keberkesanan sekolah merupakan konsep yang diukur dari segi ciri-cirinya. Bagi penambahbaikan sekolah pula ianya sesuatu prose yang berterusan tanpa titik noktah kerana sekolah yang lemah memang memerlukan penambahbaikan manakala sekolah yang sederhana masih memerlukan peningkatan dan perubahan. Sekolah yang cemerlang dan gemilang masih bergerak ke arah ’perfectness; atau ’kesempurnaan’. Oleh itu tiada suatu piawai yang menjadi titik berhenti bagi penambahbaikan .

No comments:

Post a Comment